"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). " (Hujurat 49 : 15)

TABARRUJ

Bismillahirrahmanirrahim….
Tulisan ini adalah ringkasan hasil drp pembacaan buku TABARRUJ DOSA BERHIAS. BAGAIMANA MENGENALINYA DAN MENGHINDARINYA, karya Hj Mohd Hanif Hj Ismail lulusan B.A (Hons) Universiti Al-Azhar.

PENDAHULUAN

Mampukan kaum Hawa mengelak drp melakukan dosa tabarruj? Apa itu tabarruj? Bagaiman mereka boleh utk mengelakkan diri drp terjebak dgn dosa tabarruj? Bagaimana pula dgn kaum Adam? Masihkah mereka mampu mengawal kaum wanita yg di bawah t/jwb mereka drp terjebak dgn dosa tabarruj? Untuk menjawab persoalan ini, teruskan membaca hingga ke akhirnya.



Tabarruj ialah menampakkan kecantikannya yg wajib ditutup kpd lelaki yg bukan mahram. Sebagaiman kata Imam Bukhari: Tabarruj ialah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya. Jadi, dapatlah kita simpulkan bahawa konsep tabarruj ini melibatkan segala bentuk benda yg bertujuan utk perhiasan Al- Qurtubi telah menafsirkan bahawa perhiasan itu ada 2 iaitu perhiasan semula jadi dan perhiasan buatan. Perhiasan semula jadi adalah kecantikan wajah dan keindahan tubuh yg tercipta sejak lahir lagi. Perhiasan buatan pula adalah barang2 yg dipakai oleh wanita utk menambahkan kecantikan dirinya serta pakaian dan perhiasan2 lain. Ini semua termasuk sebagaimana yg telah dimaksudkan dlm firman Allah: “Janganlah mereka (wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh”

Allah s.w.t telah mewajibkan kaum wanita memakai tudung sbg alat menutup perhisannya atau fitnahnya. Namun reality hari ini, terdapat pelbagai fesyen tudung: tudung WardinA, tudung Waheeda, tudung Siti, lilit ke kiri, lilit ke kanan.. pernah sekali saya menonton rancangan busana muslimah. Namanya smenampakkan cirri Islam, tetapi gaya penampilnnya tidak berlandaskan syariat yg telah ditetapkan. Allah memerintahkan supaya melabuhkan tudung hingga ke dada, namun apa yg diketengahkan melalui siaran program ini berlawanan terus dgn saranan Allah. Tudung di bahagian depan disingkatkan manakala di sebelah belakang labuh sehingga ke punggung. Masya- Allah, betapa umat Islam hari ini makin terpesong dek arus kemodenan sehingga menjadikan tudung itu sebagai perhiasan kepada org yg melihat. Ia jelas berlawanan dengan suruhan Allah iaitu tudung itu sebagai mekanisme utk menutup perhiasannya atau fitnahnya.

Tidaklah salah untuk kita berhias kerana Allah sendiri yg sukakan kecantikan, tapi berhiaslah sekadarnya dan apa yg penting, memenuhi tuntutan syariat.. Sabda Nabi: “Perumpamaan perempuan yang memperagakan perhiasannya kepada bukan ahli keluarganya adalah seperti kegelapan hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.”

Namun kini, ramai yg menyokong dan mengamalkan tabarruj ini, mungkin dlm keadaan sedar ataupun tidak. Buku ini juga telah membicarakan tentang alasan golongan yg menyokong dan mengamalkan tabarruj dan hujjah utk menolaknya.

ALASAN 1: Tabarruj adalah dosa kecil, tak pe je..

  • Kebanyakan golongan wanita terpelajar yg lalai ini hanya mengenal zahir kehidupan dunia sahaja dan mereka terlupa akan kehidupan abadi di akhirat kelak. Oleh itu, mereka melihat dosa besar sebagai dosa kecil dan kuantiti mega kebajikan yg dilakukannya dpt melenyapkan dosa2 kecil mereka ini. Lagipun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Mereka menggunakan dalil nakli dalam surah al-Furqan:70 yg bermaksud: “kecuali orang yg bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal baik.Maka orang itu, allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah sesungguhnya bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Tetapi, mereka perlu ingat bahawa dosa kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar, bak kata pepatah “sikit2 lama2 jadi bukit”

  • .Renunglah hadis Nabi ini: “Seorang mukmin melihat dosanya seperti bukit di atas (kepalanya) yang dibimbangi akan jatuh ke atasnya. Manakala orang munafiq melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di muknya, maka dihalaunya lalat itu” .. Adakah kita lebih memilih untuk menjadi untuk menjadi seorang munafiq berbanding seorang mukmin sebagaiman hadis Nabi tadi???
  • Dan satu lagi, INGATLAH, sesungguhnya kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan jika disertai dengan penyesalan dan taubat. Adapun jika berterusan dalam kejahatan, maka jadilah sebaliknya. Kejahatan itu yang akan menghapuskan kebaikan. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu”

ALASAN KE-2: Tabarruj adalah lambang kemodenan, up-to-date

  • Saya rasa antunna pernah melalui pengalaman diejek kawan2 sendiri kerana dianggap tidak up-to-date lantaran memakai tudung labuh, yg tidak diserikan dengan kerongsang acntik berkilat bila dilihatorang. Kita yg masih muda ini dipanggil mak cik, ustazah sehingga kadang2 terasa malu dan rendah diri apabila berberkumpul bersama kerana imej kita yg tidak selari dgn tuntutan tamadun moden kini. Mereka lebih terikut2 dgn budaya yg dibawa oleh Barat sehingga berpaling dari ajaran Islam yg syumul.
  • Firman Allah Taala: Janganlah kamu berasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman” (Al-Imran:139).

  • Wanita yg melakukan tabarruj ini menunjukkan bahawa dirinya adalah wanita yg jahil tentang agama. Zahir sahaja mengenal Penciptanya, tetapi masih berterusan dalam melakukan maksiat, berterusan di atas landasan kejahilan ttg Islam dan kedegilan untuk menghina kehormatan sendiri adalah sebesar- besar kejahilan dan kemundurun. Sangat aneh apabila Barat yg begitu masyhur amat menitik beratkan agar barang2 mereka dibalut dan dibungkus rapi agar terpelihara dan tidak cepat rosak. Tetapi hal yang sama tidak berlaku terhadap benda bernyawa yg bergelar perempuan. Barat bersikap double standard terhadap wanita, merek menuntut agar wanita mendedahkan tubuh dan perhiasan mereka sebagai tatapan ramai. Jelas terbukti bahawa Barat telah meletakkan maruah kaum wanita di bawah paras harga dan nilai barangan2 biasa di kedai. Kalau kaum wanita sudah terhina maruahnya sebegitu rupa, mengapa wanita muslimah masih berlumba- lumba meniru cara hidup mereka yang terhina itu? Kesimpulannya, tabarruj bukanlah lambing kemodenan kerana kemodenan sebenar di sisi Allah ialah kemodenann yang memabawa kepada rahmat bagi sekalian alam.

ALASAN KE-3: Tabarruj meletakkan diri serang wanita setaraf dengan kebanyakan wanita lain supaya terselamat dari penghinaan dan cercaan

  • Jika wanita jahil menghina hukum Allah, mengapa wanita Islam harus mengikut mereka? Jika mereka akan dicampakkan ke dalam jurang neraka, mengapa wanita muslimah masih beria-ia mengikut jejak mereka??
  • Sabda Nabi: “Sesiapa yang menyerupai kaum tertentu, maka dia termasuk dalam kaum itu”.. Menghairankan sekali. Bagaimana wanita2 muslimah kini tidak malu menonjolkan identity fasiq, tetapi malu untuk menonjolkan identity taqwa dan iman dengan berpakaian menutup aurat. Adakah mereka sanggup menggantikan perkara baik demi perkara maksiat semata-mata takut dengan pandangan tidak puas hati dan cercaan ahli fasiq dan maksiat ini?? Lalu mengutamakan rdhe mereka daripada redha Allah ta’ala. Fikir secara logiknya, adakah mereka ingin minum arak supaya orang mabuk tidak mengeji mereka? Adakah mereka akan berzina supaya pelaku zina tidak perlekehkan mereka?? Wanita2 pengikut fesyen dan trend moden ini sanggup memperlekehkan muslimah2 sejati yang menjadikan isteri2 Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan. Masya-Allah, adakah dunia kini sudah mencapai tahap kejahilan di mana tahap kebatilan mentertawakan kebijaksanaan, kefasiqan mentertawakan ketaqwaan??

  • Ingat, jika hari ini wanita murahan ini memandang rendah dan mentertawakan muslimah sejati yg mereka anggap sebagai kuno dan lapuk, akan dating suatu hati nanti, muslimah sejati ini pula yg akan mentertawakan wanita murahan ini sebagaimana janji Allah dlm surah Al-Mutoffifin:29-36: “Sesungguhnya, orang yang derahaka, mereka selalu mentertawakan orang beriman. Dan apabila orang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan mencemuhnya……Maka pada hari ini, orang beriman pula mentertawakan orang kafir itu”

ALASAN KE-4: Tabarruj adalah jalan untuk percepatkan perkahwinan bagi perempuan

• Jika kita lihat senario kini, ramai wanita muslimah yang telah mengubah identiti mereka dari bertudung litup kepada tudung yg pelbagai fesyen kini dan menacap muka mereka dgn pelbagai produk kecantikan sekarang semat-mata kerana bimbang diri mereka yg belum disunting lagi untuk mengakhiri zaman bujangnya. Lantas, mereka merendahkan sedikit demi sedikit martabat maruah mereka hanya kerana untuk mencuri perhatian mana2 pemuda. Wanita muslimah ini tidak menyedari bahawa pemuda yang bakal menyuntingnya nanti tidak mencari hati yang bertaqwa demi kebahagiaan yang kekal. Maka, dia tidak akan menjadi suami yang soleh. Kesimpulannya, tabarruj mungkin percepatkan perkahwinan, tetapi yang lebih bahaya, ia turut percepatkan penceraian.


PENUTUP

Maka, hendaklah wanita muslimah berhati-hati terhadap murka Allah. Janganlah berterusan mengikut hawa nafsu kerana dipermainkan oleh syaitan yang memperelokkan amalan buruk sebagai baik. Maka, mereka melihat perkara haram sebagai halal. Berpakaianlah mengikut lunas2 Islam. Allah telah memberikan anak Adam 3 kategori pakaian sebagaimana dalam firman-Nya:

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup aurat kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian yang disandarkan pada taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah mudah-mudahan mereka mengenangnya”
(Al-A’raf:25)

Dalam ayat di atas, 3 kategori pakaian ialah:

Pakaian yang hanya sekadar menutup aura, yang malu apabila dilihat orang.
Pakaian indah yang menutup aurat dan sebagai penghias badan
Pakai taqwa: Pakaian jenis 1 dan 2, ditambah juga sebagai penghias rohani. Memenuhi semua syarat menutup aurat
o Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
o Tidak nipis dan terlalu jarang
o Tidak ketat dan longgar
o Tidak menyerupai kaum lelaki dan begitu juga sebaliknya

3 comments:

Beejan said...

Bertudung labuh tidakla wajib..

Apa yang lebih penting
ia menetapi ciri2 syarak..

Hmm kalau pakai jubah yang stylo cmne plak?

Tkkan nk pakai jubah hitam jer? Mcm orang arab nuu..

Baju kurung yang warna-warni tkleyh ker?

Boleyh ke ikut budaya kita?

Macam ne kalo ade sorg laki yang tertarik kat seorang pompuan sebab jubah die lawa?(plus cntik kot)

utrujah said...

ho..yang ni bagus kalau boleh bawak bincang..

boleh bawak berdebat ni

Pemuda IKRAM PJ CFS IIUM said...

knp x t'tarik sbb agama dia? jgn tgk pd pakaian..
yg pntg tutup aurat(bkn bungkus aurat) spt yg da d nyatakn kat artikel tuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...