Artikel kali ini akan menyentuh tentang kad kredit, hutang, bank, dan duit. Apa kaitan keempat-empat benda tersebut? Sebenarnya kesemua benda tersebut mempunyai maksud yang serupa iaitu hutang. Ya, kad kredit = kad hutang, hutang = hutang, bank=hutang dan duit juga = hutang. Duit = hutang??!! Macam mana pulak tu? Tak faham ke?
Semalam penulis ada menghadiri suatu ceramah berkaitan ekonomi dan dinar emas. Tapi maaf, penulis terlupa nama penceramah tersebut cuma yang pasti salah seorang penceramah tersebut adalah daripada pensyarah Universiti Malaya (UM). Sekarang penulis akan menerangkan secara terperinci mengenai HU.T.A.N.G.
HUKUM BERHUTANG
Untuk pengetahuan semua, HUKUM berhutang sebenarnya adalah MAKRUH! Pernah kah anda mengetahui tentang perkara ini? Makruh ditakrifkan anda mendapat pahala sekiranya anda meninggalkan perkara tersebut. Seperti juga anda berpuasa dimana jika anda meninggalkan perkara makruh (contoh: tidur terlalu lama disiang hari, mandi terlalu lama, & sebagainya) tersebut, anda akan diberikan pahala.HUKUM PEMBERI HUTANG
Secara umumnya, hukum pemberi hutang adalah SUNAT. Memberi hutang adalah lebih baik berbanding sedekah(sebab sedekah ni secara umum. Kadang/Selalunya penerima sedekah tak memerlukan sangat berbanding orang yang nak meminjam)! Sunat bermaksud kita digalakkan memberi hutang kepada yang hanya memerlukan. Tetapi awas dan ingat! Dalam konteks masyarakat hari ini, orang yang ingin berhutang bukan hanya terdiri daripada golongan yang miskin (tak mampu membiayai KEPERLUAN hidup) malangnya orang-orang kaya yang hidup mewah juga mengamalkan hutang (kebanyakannya semata-mata untuk memenuhi KEINGINAN hidup)!. Hal ini sudah terbalik daripada zaman dahulu dimana masyarakat pada zaman dulu kala akan memandang hina sekiranya seseorang itu berhutang.
Pada zaman dahulu, jika datuk dan nenek kita hendak membina rumah, mereka akan membinanya satu persatu, ruang tamu, kemudiannya tandas,lepas itu bilik 1, bilik 2, dan seterusnya. Itu pun selepas mereka berkemampuan. Tidak seperti masyarakat moden sekarang. Pendapatan tak seberapa (tak berkemampuan) tetapi nafsunya tidak terkawal. Orang beli kereta mewah, kita pun hendakkan juga. Mengapakah kita sanggup berlumba-lumba mengejar kemewahan dunia tetapi tidak sanggup berlumba-lumba dalam melakukan ketaatan kepada Allah? Allah ada menyatakan dalam Surah Taha ayat 131 :
وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِّنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ ۚ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
Seperti mana dalam surah Ali-Imran ayat 196-197 juga ada menyebut:
لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ. مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئْسَ الْمِهَادُJangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).(196)(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.(197)
Menurut penceramah itu lagi:
"KITA MESTILAH LUMPUHKAN INSTITUSI BANK DENGAN CARA KITA KURANGKAN PINJAMAN (ATAU APA2 YANG BOLEH MENYUMBANG KEPADA KEMAJUAN BANK)."
"Ahhhh!!! Mana mungkin.. Apa rasionalnya berbuat begitu..."
Mungkin ada sesetengah daripada anda akan berfikir sedemikian. Tapi tunggu! Penulis akan cuba menerangkan mengapa penceramah berkata begitu secara perlahan-perlahan.Ok, nampak perkataan berwarna biru di atas? Institusi bank adalah suatu institusi yang mana dia menjalankan perkhidmatan memberi hutang. Untuk makluman, memberi hutang atau dengan kata lain memberi khidmat / bantuan kebajikan kepada orang ramai adalah kepentingan / kewajipan setiap mukmin. Jadi mengapa perlu diniagakan suatu kebajikan? Keliru? Macam ni. Dengan kata mudah, kalau nak buat kebajikan, buat betul-betul. Kenapa perlu riba (atau orang panggil interest/ charge lebih)?
Pastu mesti ada orang tanya macam ni pulak:
" Laaa.. kalau macam tu, macam mana bank tu nak hidup. Sebab untuk pengetahuan, sesuatu bank itu bergantung kepaaa 'interest/hutang/ riba' untuk hidup dan terus maju!"
Jawapannya senang. Ubah institusi bank kepada kerajaan. Maksudnya, pindah semua wang dari bank negara (yakni wang yang dipegang oleh Bank Negara) kepada kerajaan. Jadi yang perlu bayar gaji pekerja-pekerja bank sekarang ini adalah KERAJAAN! Jadi tak ada lagi melibatkan riba. Bagi sapa yang belum tahu, Bank Negara dan kerajaan adalah berlainan. Maksudnya, bank bukan di bawah kerajaan.
TETAPI INGAT
Kenapa tiba-tiba penulis cakap benda ni? Perumpamaannya beginilah kalau tak faham kenapa hutang tak sama dengan institusi hutang. Kalau dadah, sama tak dadah dengan institusi dadah? (sebenarnya ada contoh lain yang diberikan oleh penceramah. Tapi penulis rasa tak sesuai nak tulis kat sini). Kalau yang kita faham, dadah tu baik untuk kesihatan sebab tu dia digunakan dalam pembuatan ubat. Tapi kalau panggil institusi dadah, tu macam orang yang ketagihan dadah, orang yang edar dadah. Nampak tak perbezaan dia.
Jadi, apa yang ditekankan di sini ialah hutang itu baik tetapi institusi hutang (institusi bank) itu yang tidak baik kerana dia mengamalkan riba. TAHUKAH ANDA? Hukum terlibat dengan riba adalah HARAM. Tapi yang pelik bin ajaibnya, undang-undang di Malaysia yang diamalkan bank telah meng'halal'kan benda yang haram ni. Orang akan kata,
"Alaa.. Suka sama suka... Aku setuju untuk pinjam. Aku sign. Nanti aku bayar. Jadi faedah sikit-sikit tu tak pa la.."TAK BOLEH!!!!! (Owh, kerasnya penulis...) Maaf, penulis cakap berdasarkan apa yang disampaikan oleh penceramah tu. Kenapa tak boleh? "Aku tak mampu nak beli rumah, tak cukup duit nak beli 'cash' kereta....." Ok, sekarang penulis biarkan anda berfikir. Hutang dibolehkan sekiranya anda tak mampu nak makan, minum, tak dak tempat tinggal, kalo tak pinjam juga, memang boleh mati la.. (semua ni adalah keperluan). Jadi kalau disebabkan perkara-perkara tersebut, maka boleh berhutang.
Tapi kalau sebab nak rumah besar, mewah, keretea tukar tiap-tiap tahun tapi hutang kat bank tak habis bayar lagi.. Ni keperluan ka KEHENDAK (nafsu)? Kalau sebab kehendak, haram anda berhutang dengan institusi bank kerana bank mengamalkan riba yang terang-terang diharamkan dalam Islam. Kalau betul anda Islam, apa buktinya sekarang? Masih mahu terlibat dengan riba atau cuba untuk elakkan sekarang (setelah mengetahuinya)?
Hadis dari Jabir r.a. katanya:
"Bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengutuk orang yang meriba, mengambil riba, penulis surat-surat perjanjian dan saksi-saksinya; ujar beliau lagi: "Mereka itu sama saja dosanya" (Sahih Iman Muslim)
Klik pada gambar untuk besarkan (link->http://sitizailah.blogspot.com/2011/03/kes-muflis-semakin-bertambah-di.html) |
Klik untuk besarkan imej (link->http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm) |
Kesimpulannya, ayuh ahli-ahli IKRAM. Anda adalah insan yang terpilih, yang menerima tarbiyah, yang memahami Islam, dan yang mahu menjadi yang Muslim yang terbaik, andalah yang mampu memimpin masyarakat, kawan, dan lawan supaya tidak mengamalkan hutang tanpa batasan. Kerana akibat daripada hutang (yang melibatkan riba) itu, kesannya amatlah buruk dan dahsyat. Penulis akhiri dengan kisah yang bertajuk 'akibat racun serangga':
Antara benda-benda lain yang dibincangkan juga (tapi penulis dah tak larat nak tulis):
- Keperluan menyimpan, menggunakan dinar emas dan dirham perak
- Sebab bank tidak menyokong penggunaan dinar dan dirham
- Kepentingan dinar dan dirham
- Perbankan islam juga mengamalkan riba seperti mana bank-bank lain
- Dahsyatnya kesan hutang kepada sesebuah negara (Contoh seperti yang berlaku di Greece)
- Beza wang fiat dengan dinar
- Bagaimana sistem riba yang diamalkan di bank
- Betapa tak bernilainya wang fiat (duit)
- Sejarah matawang kertas dan syiling sampai di Malaysia
- RHB Bank saja yang menyediakan khidmat simpan emas di bank
-Lain-lain
# Sebenarnya kalau nak diterangkan dengan panjang lebar. memang tak tertulis la. Mana taknya, ceramah tu 2jam. Bertalu-talu penceramah tu cakap. Sampai nak salin pun tak sempat. Jadi penulis kongsi mana yang penulis ingat je la.
No comments:
Post a Comment