"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). " (Hujurat 49 : 15)
Showing posts with label Report. Show all posts
Showing posts with label Report. Show all posts

Farewell ~ ilal liqa'




 Assalamualaikum,


Alhamdulillah, selesai sudah haflatul wida' yang telah dibuat di AX101 & AX102 pada 14Feb2011. Kehadiran adalah amat memberansangkan walaupun ada yang exam pada pagi dan petang tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua ikhwah dan akhwat yang telah hadir!

Jom kita muhasabah balik, apa sebenarnya niat kita ketika datang haflah ni?



kerana makanan?...

 



kerana hadiah?...




just nak suka2?..




atau, kerana UKHUWWAH?..



 Indahnya apabila berukhwah kerana Allah.


Walau kita ber'wida' hari ini....


 InsyaAllah, kita akan bertemu kembali di JannahNya..



" Selamat berjuang sahabatku,
Semoga Allah berkatimu,
Kenangan indah bersamamu,
Takkan ku biar ia berlalu.."


P/s : untuk sesiapa yang ada ambil banyak gambar dan hendak diletakkan di sini, bolehlah emailkan di       kuiapj@gmail.com.

P/s/s : seperti biasa, untuk yang lebih banyak gambar, bolehlah layari blog ini.........
http://inspirasikalbu.blogspot.com/2011/02/haflatul-wida-karisma-uia-pj.html


                  Wallahu A'laam             

Fitnah : Antara Cita dan Amanah daripada Ustaz Zamri

Assalamualaikum,

Suatu talk yang bertajuk Fitnah: Antara Cita dan Amanah telah berjaya diadakan pada 12 Jan 2011. Ustaz Zamri (Mari Mengaji) telah diundang bagi menghuraikan dan memberi penerangan yang lebih mendalam berkaitan cita-cita dan amanah yang amat berkaitan rapat dengan pelajar.
"Pemimpin dilantik hasil daripada kepercayaan."

Itu adalah kata-kata yang boleh memberi kesan yang amat mendalam jika kita diberi amanah untuk memegang sesuatu jawatan. Jawatan yang diterima bukanlah untuk menjadi popular dan menunjukkan kemuliaan, tetapi jawatan yang diterima adalah suatu amanah yang akan disoal di akhirat. Dan tidak lupa juga, setiap apa yang kita pegang dan buat, mestilah menepati syariat-syariat yang diajar dalam Islam. Setiap perkara atau program yang dilaksana mestilah dapat memberi faedah kepada Islam.

Berdasarkan Surah al-Qasas ayat 26:
"Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah."
Ayat di atas adalah mengisahkan tentang Nabi Musa yang telah membantu dua orang anak Nabi Shuaib. Dan anak nabi Shuaib telah menyuruh ayahnya supaya mengambil Nabi Musa sebagai pekerja mereka kerana Nabi Musa adalah orang yang kuat lagi amanah.  Apa yang dapat disimpulkan ialah sebaik-baik orang yang boleh diambil bekerja (atau dijadikan pemimpin) adalah orang yang KUAT & AMANAH.

Sebagai seorang khalifah dan hamba Allah di muka bumi, kita telah ditugaskan untuk melakukan banyak perkara. Antaranya :
1. Membantu ibu bapa
2. Solat 5x sehari
3. Baca Quran
4. Ulangkaji pelajaran
5. Tidur
6. dan banyak lagi.......

Perkara yang disenaraikan diatas tidak termasuk lagi perkara-perkara lagha yang kita selalu buat antaranya menonton movie/drama Korea/Jepun, YM (chatting) perkara yang tidak perfaedah, window shopping, dan berbagai-bagai lagi. Jika dicampur kesemua perkara di atas, akan ada perkara penting yang akan tertinggal (tidak dilaksanakan). Oleh itu, Ustaz Zamri telah memberi tips bagi menyusun aktiviti-aktiviti anda mengikut keutamaannya(sila ikut kronologinya).

TIPS-TIPS MENYUSUN AKTIVITI MENGIKUT KEUTAMAAN

1. Setiap kerja adalah KERANA ALLAH
2. Mulakan dengan kompas (VISI)
3. Utamakan kepentingan JAMAAH dari kepentingan peribadi
4. Lakukan kerja yang lebih berkesan dengan mudharat yang kecil
5. JUJUR dalam menentukan keutamaan.

Berpandukan tips-tips diatas, Insyaallah akan tidak akan mempunyai masalah bagi menentukan aktiviti mana yang perlu anda dahulukan jika berlaku perselisihan/percanggahan/pertembungan.

Anda juga boleh la layari http://inspirasikalbu.blogspot.com/2011/02/mantop-talk-ustaz-zamri-di-uia-pj.html untuk membaca versi lain sedikit berkaitan talk ini. 
=)

Program Anda Bijak Jauhi Zina 30/1/2011

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Pertama sekali, alhamdulillah tamat sudah program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) yang berlansung pada awal pagi tadi di Lecture Hall A (LHA) walaupun telah ditangguhkan sebelumnya.

Berikut di lampirkan beberapa gambar yang diambil. Tetapi untuk lebih banyak gambar, bolehlah layari  ---> http://www.facebook.com/photo.php?pid=783040&o=all&op=1&view=all&subj=284828533182&aid=-1&id=1815136270&oid=284828533182#!/media/set/?set=o.284828533182


Stall...

Activity : Palestine Week
Venue  : CFS IIUM PJ
Duration : 2-8 August 2010

Alhamdulillah..so glad to be an IIUM-ian~hee
I wish every week is Palestine Week 

-start dari A..
First time dengar pasal Palestine Week, terus semangat rancang nak bukak stall. Dah contact2 supplier, survey2 blog, berangan2 nk jual apa, ntah berapa meetng dah buat ntk bncang psl stall.. Tp, tibe2 dngar crite yg sewa tapak mahal sgt2.. Sume da start demotivated.. Alhamdulillah, keputusan syura sntiase yg trbaik.. 2nd year sume mcm da langsung x smangat, tp 1st year ramai yg bg positive feedback. Syura 7-4 setuju ntk bukak juge stall. Bermula lah kisah S/U sibuk buat surat mintak infaq dr insan2, mdm2, akhwt2 yg prihatin.. Allah prmudahkn urusan org yang begerak atas jalanNya. Sewa tapak dpt diskaun!!! Hehe sukenye...

Bedah Movie

Pernahkah anda mendengar perkataan ' Bedah Movie'?
Apa tu bedah movie?
Tajuk di atas adalah salah satu slot yang ada dalam program DASH baru-baru ini.

Bedah movie bermaksud kita selidik dan kaji tentang sesuatu movie dengan mendalam.
Lebih jelas, kita mencari kebaikan disebalik movie. Bukan hanya dengan menonton tanpa mendapat apa-apa manfaat daripadanya.

Antara movie yang telah di'bedah' pada hari itu ialah:
  • IP Man
  • Lemon Tree
  • The Way Home

Rehlah plaakkk..

QUWWAH 09 (Qembara Ukhuwwah 09)

Bertempat di hutan lipur Sg.kanching, pada hari sabtu bersamaan 6 jun 2009.
Tepat pkol 8.00 pagi seramai 60 org peserrta bertolak ke destinasi dgn bas..juga beberapa buah kereta.

LEWAH (Lepak Ukhuwwah)

Salam..

Bertempat di AX 101, pada pukul 8.00 malam 2 Jun 2009..
Diadakan Lepak Ukhuwwah untuk pelajar-pelajar baru..(ikhwah shje)

Program agak santai..ucapan dari timbalan mas'ul uiapj Akh.Dhany..memberikan kata-kata semangat dan selamat datang kepada adik-adik yang baru mendaftar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...