"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). " (Hujurat 49 : 15)
Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Kepelbagaian Golongan dan Mazhab

Sekiranya orang Islam mematuhi satu Quran yang sama, maka mengapa pula terdapat banyak golongan dan mazhab yang berlainan di kalangan orang Islam?

JAWAPAN:

1. Orang Islam perlu  bersatu.
Menjadi suatu kenyataan bahawa umat Islam pada hari ini berpecah  belah. Islam langsung tidak menyokong perpecahan. Islam menganjurkan perpaduan dalam kalangan pengikutnya. 
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai...." [Ali Imran 3:103]

Setiap umat Islam perlu mematuhi Al-QUran dan hadis sahih dan tidak berpecah belah sesama sendiri.

2. Berpuak-puak adalah dilarang dalam Islam.

"Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikitpun tanggungjawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada Allah, kemudian ALlah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat." [Al-An'am 6:159]

Di dalam ayat ini, Allah berfirman bahawa seserorang itu perlu menjauhkan diri daripada golongan yang memecahbelahkan agama dan membahagikannya kepada puak-puak.

Jika ada yang bertanya seorang Islam, "Siapa kamu?", jawapan biasa samaada "Saya Sunni" atau "Saya Shiah". Ada yang menampilkan diri sebagai Hanafi, atau Shafi'e, atau Maliki atau Hanbali. Ada yang berkata 'Saya seorang Deobandi', sementara beberapa yang lain berkata 'Saya seorang Barelvi'.

3. Rasulullah seorang Islam.

Mungkin ada yang bertanya orang Islam tersebut, "Apakah pegangan Rasulullah (SAW)? Apakah baginda seorang Hanafi atau Syafi'e ataupun Hanbali atau Maliki? Tidak, baginda seorang Islam, sama seperti rasul-rasul dan utusan Allah sebelumnya.

Kitab suci Al-Quran ada menyebut dalam surah 3 ayat 52 bahawa Nabi Isa adalah seorang Islam. Selanjutnya dalam surah 3 ayat 67, Al-Quran menyebut  bahawa Nabi Ibrahim bukan seorang Yahudi ataupun Kristian tetapi seorang Islam.

4. Al-Quran menyeru memperkenalkan diri sebagai orang Islam.

Jika ada sesiapa bertanyakan seseorang Islam persoalan agama, dia perlu menjawab "Saya seorang Islam, bukan Hanafi atau Syafi'e".
 "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" [Fusshilat 41:33]
Rasulullah saw menghantar perutusan surat kepada raja-raja dan pemerintah bukan Islam menyeru mereka agar menerima Islam. Di dalam perutusan tersebut, baginda menyebut ayat Quran:

"...Maka katakanlah kepada mereka: 'Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." [Ali Imran 3:64]

5. Menghormati semua Ulama' Agung Islam

Kita mesti menghormati kesemua ulama' agung Islam, termasuk empat Iman. Mereka merupakan ulama' Islam yang hebat dan semoga Allah membalas kebaikan mereka membuat penyelidikan dan berusaha keras. Tiada sesiapa boleh membantah jika seseorang bersetuju dengan pandangan dan penyelidikan Imam Abu Hanifah atau Iman Syafi'e dan lain-lain. Tetapi sekiranya disoal, "Apa agama kamu?, jawapannya mestilah satu, "Saya orang Islam".

6. Seseorang mungkin memperdebatkan dengan mengambil hadis Nabi 

Muhammad saw yang diriwatkan oleh Abu Daud, hadis no.4579. Di dalam hadis ini nabi SAW telah bersabda, "Umatku akan berpecah kepada 73golongan."

Hadis ini menyatakan bahawa NAbi SAW menjangkakan akan wujud 73golongan. Baginda tidak mengatakan bahawa orang Islam harus bergerak aktif membahagikan diri mereka kepada golongan. Al-Quran memerintahkan kita supaya jangan berpecah belah. Sesiapa yang menurut ajaran Quran dan Hadis Sahih dan tidak berpecah belah adalah orang-orang yang berada di jalan yang benar.

Menurut hadis riwayat At-Tarmidhi, Hadis no.171, Nabi (SAW) bersabda, "Umatku akan berpecah kepada 73 golongan dan semua mereka akan masuk neraka kecuali 1 golongan." Para sahabat bertanya kepada Rasulullah golongan manakah itu? Lalu baginda menjawab, "Iaitu yang bersamaku dan sahabat-sahabatku".

Al-Quran menyatakan dalam beberapa ayat, "Patuhi Allah dan patuhi Rasul". Orang Islam yang sejati patut mematuhi hanya al-Quran dan Hadis Sahih. Dia boleh bersetuju dengan pandangan mana-mana ulama' selagi mereka mematuhi ajaran al-Quran dan Hadis sahih. Sekiranya pandangan tersebut menyalahi perintah Allah atau sunnah Rasulullah, maka ia tidak bermakna walaupun betapa tingginya ilmu ulama tersebut.

Kad Kredit, Hutang, Duit, dan Bank

Assalamualaikum.

Artikel kali ini akan menyentuh tentang kad kredit, hutang, bank, dan duit. Apa kaitan keempat-empat benda tersebut? Sebenarnya kesemua benda tersebut mempunyai maksud yang serupa iaitu hutang. Ya, kad kredit = kad hutang, hutang = hutang, bank=hutang dan duit juga = hutang. Duit = hutang??!! Macam mana pulak tu? Tak faham ke?

Semalam penulis ada menghadiri suatu ceramah berkaitan ekonomi dan dinar emas. Tapi maaf, penulis terlupa nama penceramah tersebut cuma yang pasti salah seorang penceramah tersebut adalah daripada pensyarah Universiti Malaya (UM). Sekarang penulis akan menerangkan secara terperinci mengenai HU.T.A.N.G. 

HUKUM BERHUTANG
Untuk pengetahuan semua, HUKUM berhutang sebenarnya adalah MAKRUH! Pernah kah anda mengetahui tentang perkara ini? Makruh ditakrifkan anda mendapat pahala sekiranya anda meninggalkan perkara tersebut. Seperti juga anda berpuasa dimana jika anda meninggalkan perkara makruh (contoh: tidur terlalu lama disiang hari, mandi terlalu lama, & sebagainya) tersebut, anda akan diberikan pahala.

HUKUM PEMBERI HUTANG
Secara umumnya, hukum pemberi hutang adalah SUNAT. Memberi hutang adalah lebih baik berbanding sedekah(sebab sedekah ni secara umum. Kadang/Selalunya penerima sedekah tak memerlukan sangat berbanding orang yang nak meminjam)! Sunat bermaksud kita digalakkan memberi hutang kepada yang hanya memerlukan. Tetapi awas dan ingat! Dalam konteks masyarakat hari ini, orang yang ingin berhutang bukan hanya terdiri daripada golongan yang miskin (tak mampu membiayai KEPERLUAN hidup) malangnya orang-orang kaya yang hidup mewah juga mengamalkan hutang (kebanyakannya semata-mata untuk memenuhi KEINGINAN hidup)!. Hal ini sudah terbalik daripada zaman dahulu dimana masyarakat pada zaman dulu kala akan memandang hina sekiranya seseorang itu berhutang. 

Pada zaman dahulu, jika datuk dan nenek kita hendak membina rumah, mereka akan membinanya satu persatu, ruang tamu, kemudiannya tandas,lepas itu bilik 1, bilik 2, dan seterusnya. Itu pun selepas mereka berkemampuan. Tidak seperti masyarakat moden sekarang. Pendapatan tak seberapa (tak berkemampuan) tetapi nafsunya tidak terkawal. Orang beli kereta mewah, kita pun hendakkan juga. Mengapakah kita sanggup berlumba-lumba mengejar kemewahan dunia tetapi tidak sanggup berlumba-lumba dalam melakukan ketaatan kepada Allah? Allah ada menyatakan dalam Surah Taha ayat 131 :

Sejarah Hidup Usrah

Assalamualaikum & Apa khabar iman anda semua?

Baiklah bagi artikel kali ini, penulis akan membincangkan mengenai sejarah usrah.
Sebelum kita bermula, cuba jawab pesoalan ini dahulu bagi menguji sejauh mana kefahaman anda (jawab jujur dalam hati ye..)

1. Apa sebenarnya yang saya faham mengenai usrah?
2. Apakah pula bezanya antara usrah yang saya hadiri (samada usrah wajib di sekolah atau di universiti) dengan usrah IKRAM?
3. Adakah halaqah dan usrah suatu benda yang sama tapi tak serupa?
4. Mengapa saya perlu mengikut usrah?

Saya pasti kesemua persoalan ini pernah bermain-main difikiran anda-anda yang mengikuti usrah IKRAM.

Ok, seperti yang anda lihat pada tajuk utama, setiap usrah mempunyai maratib 'amal. Apa itu maratib 'amal? Mungkin ada sesetengah anda yang kurang faham kerana perkataan itu diambil daripada bahasa Arab, iaitu bahasa syurga. Maratib 'Amal = Tingkatan Amal/Perbuatan (secara bahasanya/"literally"). Bagi tidak memanjangkan bicara, jom lihat rajah di bawah. Apa yang anda faham?

Jom Tengok Sultan Muhammad Al Fateh

Assalamualaikum semua...

Kali ni apa kata kita semua tengok video mengenai Sultan Muhammad Al Fateh. Rasanya mesti semua kenal siapa tokoh Islam yang dikagumi ini. Jadi bagi sesiapa yang belum tengok lagi, boleh la tengok. Tapi video ini versi English. Kalau sesiapa tahu versi Melayu punya, boleh lah kongsi 'link' ye...

Berhati-hati Dengan Hadis Palsu

Hadis Palsu & Kesan Negatifnya Terhadap Umat Islam daripada Ustaz Asri Zainal Abidin


Seperti yang sedia maklum, hadis adalah perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Terdapat banyak kesan negatif terhadap umat Islam berdasarkan video di atas, antaranya:

*******

Iktibar dari kisah sahabat

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalamualaikum w.b.t..


Pada suatu hari, sahabat Rasulullah, Abu Darda' melihat sekumpulan orang ramai sedang memukul dan memaki seseorang. Abu Darda terkejut seraya bertanya,

Abu Darda' : Kenapa dengan orang itu?

Orang ramai : Orang itu penjenayah dan suka melakukan dosa besar, tuan.

Abu Darda' : Kalau dia jatuh ke dalam perigi, apa yang akan kalian lakukan?

Orang ramai : Kami akan membantu mengeluarkannya, tuan.

Abu Darda' : Kalau begitu, jangan seksa dia kerana dia sedang terjatuh ke lembah dosa, tapi berikan 
kepadanya pelajaran, nasihat, dan teladan yang baik.

Akhirnya mereka mengikut saranan Abu Darda'. Mereka semua berhenti memukul penjenayah tersebut.penjenayah itu pun menangis teresak-esak, menyatakan taubat dan menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

* * * * *

Jamaah Wadah Untuk Memperbaiki Diri

Assalamualaikum semua & apa khabar?
Bagaimana dengan persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester / final exam ?
Di samping sibuk mengulangkaji, jangan lupa untuk beribadah kepada Allah seperti yang selalu kita buat seperti membaca Mathurat, Qur'an, solat-solat sunat, atau mungkin Qiamullail?

Kami dengan ini mendoakan semoga anda semua berada dalam kesihatan yang baik sewaktu menduduki peperiksaan + berjaya menjawab soalan dengan senang + berjaya mendapat keputusan yang terbaik untuk kali ini.

Okay, berbalik kepada tajuk di atas, Jamaah atau dalam konteks kita, KARISMA / IKRAMteens, adalah merupakan salah satu wadah daripada pelbagai wadah lain yang wujud adalah untuk membantu kita untuk memperbaiki diri.

Fight for The Lollipop

Tengok video di bawah. Cuba ambil pengajaran daripada cerita pendek berkenan.


PENGAJARAN :
Genggam bara api, biar sampai jadi abu.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Lagu IKRAM - Allahu Ghayatuna



ALLAHU GHAYATUNA

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom, Arpah Abdul Wahab & SaffOne
Lagu oleh: SaffOne
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010




Sebuah perjalanan

BISMILLAH

Buat hamba yg sering lalai dan leka..
Renungkan sejenak..

**************************

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Fadhilat Doa

    Pada suatu hari, syaitan A berjumpa syaitan B. Syaitan A kelihatan segak dengan pakaian yang terurus dan badan yang berisi. Manakala Syaitan B kelihatan sangat tidak terurus, kurus kering dan tidak bermaya.

Syaitan B: Wahai A, bagaimana kau boleh jadi sebegini kemas dan sihat? Pakaian kau bersih dan kau kelihatan sihat. Apa rahsia kau?
Syaitan A : Mana tidaknya. Aku menghasut manusia yang tidak beriman kepada Allah. Dia pakai baju tanpa membaca basmalah, aku dapat baju baru. Dia makan tanpa baca basmalah.. maka apa yang dia makan aku dapat sekali. Kau pula? Kurus keding aku lihat. Tidak terurus pulak tu.

A brief insight to history

Salam, this is the lyric of the song 1924 from soldiers of Allah. Quite alot actually. FYI, 1924 is the year the Caliphate was felled, the downfall of the Ummah.. Some tidbits of history in there, and alot of lessons we can gain. How the Muslim Ummah were, the strength they had, that our generation lack. Let us rise up, and fight back to put Islam back on the map!!

Uighur...

For some of us, perhaps the word Uighur is very new, after the recent tragedy at Xinjiang.

So, who are they really?? Well, they are ethnically Uyghur, they are Muslims, and they reside at Eastern Turkestan or better known as Xinjiang. They can be grouped as Turkic people speaking the Uyghur language. For more information about this group of people, you can refer to http://en.wikipedia.org/wiki/Uyghur_people

Tuhan Beri Aku Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku terpisat-pisat memandang semua hadirin di hadapanku. Mereka bukan siapa, mereka adalah sahabat-sahabatku juga. Sahabat-sahabat yang yang aku anggap sahabat-sahabat seperjuangan dunia akhirat. Sahabat-sahabat yang sentiasa meniti di bibir masing-masing ucapan keramat ‘ukhuwwah fillah Abadan abada’. Yang mungkin juga ada yang menganggap ucapan retorik di medan sebenar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...