"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). " (Hujurat 49 : 15)

Allahumma paksakan!

Alkisah,seorang ustaz dari Indonesia, Ustaz Agus Setiawan merangkap ketua Majlis Syura PKS di Malaysia telah memenuhi jemputan ikhwah wal akhawat untuk berkongsi pengalaman dakwah di Indonesia.

Beliau telah diajukan pelbagai soalan bagi tidak mensia-siakan peluang keemasan tersebut. Tiba-tiba, seorang ikhwah berdiri lalu menanyakan soalan:

“Boleh Ustaz kongsikan bagaimana ikhwah wal akhawat di Indonesia dapat menangani masalah-masalah yang timbul sekitar dakwah dijalankan. Dengan pesatnya dakwah, pasti banyak cabarannya. Lagi pula, sekarang PKS telah maju setapak dengan menyertai pilihanraya.”

Ustaz tersenyum sambil berfikir jawapan yang selayaknya. Kemudian beliau berkata:

“Kami di sana di ajar oleh murabbi-murabbi kami tentang satu doa yang sangat mustajab. Semangat yang kian luntur boleh bangkit semula apabila membaca doa ini. Mahukah kalian mendengar doa ini?”

Besar tapak tangan, nyiru ditadahkan. Para hadirin yang sememangnya bersemangat bersiap-sedia untuk menyalin doa yang dikatakan mustajab itu. Lalu ustaz membacakan doa tersebut:

Allahumma paksakan!


Hadirin terpinga-pinga. Ustaz pun mengulang doa tersebut sekali lagi:

Allahumma paksakan!

” Sahabat yang dikasihi Allah Taala, apabila kami merasa penat lantaran beratnya tugasan dakwah,lantas kami bacakan doa ini yang mengingatkan kami janji Allah dalam surah As-Saff(10-11):

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

”Apabila kami lemah tatkala melihat sahabat-sahabat kami yang gugur dan meninggalkan jalan dakwah, kami gagahkan diri kerana mengimani bahawa janji Allah adalah janji yang pasti. Sesungguhnya dakwah ini tidak memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan dakwah bagi mendapat ganjaran syurga yang tiada bandingannya.”

Ikhwah wal Akawat, bagaimana pula dengan diri kita? Setakat menghadiri usrah dan sekali-sekala daurah bukanlah satu perkara yang sangat susah. Hanya memerlukan pengorbanan sedikit masa dan wang ringgit. Kita perlu memaksa diri kita yang kadang-kadang TERmalas atau TERfutur. Sebagaimana post sebelum ini, dakwah bukan untuk orang yang manja. Jalan ke syurga juga bukan lah jalan yang dihampari permaidani merah, dilimpahi segala kesenangan tetapi jalannya penuh onak dan cabaran.

Sedarlah wahai diri-diri yang sangat rindukan SYURGA dan KEMENANGAN!

Tiada lagi masa bermalasan!

*post ini sekadar perkongsian buat pembaca yang setia, dan khusus buat sahabat-sahabat yang menyambut hari lahir pada bulan april. :) berilah peringatan! sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 mukmin.wallahu'alam.

1 comment:

Student said...

ye..ayuh sahabt2, teruskan perjuangan..mcm mne kite brusaha utk dptkn result exam yg gempak, mcm tu jgk la jln dakwah..
cuma yg bezanye, hasil kita brjuang ats jln dakwah ni xnmpk.. blsnnya d akhirat kelak, insyaAllah, lbh besar n grand..
jom! allahumma paksakan!!
study always number 1,dakwah never number two..!!

to penulis : bulan april? kire adiah la ni utk mereka2 yg lahir bulan april?? hehe..time kasih2..adiah yg sgt brmakna (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...