"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). " (Hujurat 49 : 15)

Mukhayyam CFS

Salam, last updated: 28th August...

Finally found a real reason to update this blog.

On the 6-8 october 2009, ada Mukhayam dekat Rebutia...

Kedatangan dari PJ tidaklah seramai dari Nilai, tp alhamdulillah, masih ada yang hadir. 6 org Akhawat and 3 org Ikhwah.


Mula2 nak pegi, teringat waktu2 YOQ dulu, penuh dengan aktiviti lasak lagi memenatkan. Kena round satu KL and bla3.
Tapi Mukhayam kali ni lebih sempoi dan penoh pengisian.
Setibanya sampai ke Kem Rebutia, kami disuruh tok assign sape kem komanden bla3. Lepas tu kami dengar ceramah dari seorang Ikhwah dari University of Nottingham tentang Dakwatuna or in Malay, 'Dakwah kita'. Die cite la sume2 ciri2 dakwah kt.
Yang paling ana ingat skali is(atau yg ana ada catit)
  • Dakwah kita terus terang bukan sirr
  • Dakwah kita menolak segala kepentingan diri, tp hanya mengikut kehendak Allah
  • Dakwah bkn utk balasan, popularity or any other wordly things
  • Nak banding kita dgn org kafir- mereka buat baik ikut apa yang mereka nampak baik, tp kt, sbagai seorang Muslim, buat baik ikut apa yg telah digariskan Allah.
  • Sebenarnya, kt berdakwah jgak sebab kt sayang dan kasihan dekat org2 lain yg 'lost' tu, kt xnak nanti kat akhirat, mereka dimasukkan di dalam api jahannam, gara2 kita malas berdakwah...
  • And then, kita kena percaya yang semua yang kita ada skarang ni, keupayaan kita utk berdakwah, minda kita yang kreatif lagi pandai, otot2 yg kuat dan cergas itu dari Allah, maka, jgnlah kita rasa bongkak, atau rasa diri kita hebat. Sebab padahal, semuanya itu dari Allah. Siapalah kite???
Sesi petang akhawat pegi trekking, ikhwah masak. Hmm, ok jgakla ikhwah2 masak time tu.

Malam tu dgr lagi ceramah dari ust Hasanuddin. Hmm, beliau bcerita bnyk dan penuh semangat, tentang cara dakwah kita yg telah digariskan Sirah dan telah sekeping ayat Quran yg kena hafal. Tentang "ittiba'". Maknenya, ada pemimpin dan pengikut. Beliau bercerita tentang perang Uhud, tp, yang lagi menarik bukannya tentang perang Uhud itu sendiri, tp pengajaran yg boleh kami ambil dan pakai dari kisah perang uhud tu.
Sebelum perang uhud tu, nabi ada buat syura dgn para sahabat samada nak berperang mempertahankan Madinah, atau keluar dan perang di luar kota. Syura menentukan yang diorg perang kat luar. Walaupun waktu tu nabi sendiri lebih suka utk berperang di Madinah, tp sebab syura dah menentukan, beliau ikut keputusan Syura.
Kat sini kita lihat yang sebagai pemimpin yang berkaliber, kalau syura dah putuskan sesuatu, kita kena ikut pendapat syura, walaupun kita x suke. Plus, a few things, kita kena syura, tp, other things, kita punya syura circle tu boleh jadi lebih kecil dan x melibatkan semua orang.
Next scene, bla3, umat Islam hampir menang peperangan, pastu Khalid bin Walid patah balik and bla3, archers turun bawah mengingkari perintah Nabi. Dan atas sebab itu, Umat rugi bnyk time perang Uhud. Nabi sedih dan sakit hati sebab sahabat x mengikuti perintah beliau. Tapi, disebabkan itu, Allah tegur Nabi dan beritahu beliau, kalau Nabi bermasam muka, nanti mereka akan lari.
Kat sini, kita lihat yang sebagai pengikut, kita sepatutnya patuh kepada arahan ketua, dan jangan buat keputusan sendiri unless disuroh. Tp x salah utk beri pandangan. Dan sebagai pemimpin, kita x boleh keras dan garang sangat, sbb nanti anak buah akan lari, dan takot, dan bnyk masalah akan muncul. Instead, kita kena jadi pemaaf dan berlembut hati. Maafkan mereka, sebab, manusia xkan berhenti buat kesilapan. Ust ada kasi satu scenario. Buat meeting pukul 9, anak buah dtg pukul 10. Kita x boleh nak buat muka masam walaupon sakit hati. Teruskan syura dengan mereka and kita sepatutnya memaafkan mereka. Sebab dalam dtg lambat ke meeting pon satu dosa~ingkar peraturan.
Sebenarnya, bnyk lagi ust Hasan cerita, tp ana waktu tu dikacau oleh telefon bimbit yg x berhenti2 berdering.....

The next day, awal2 pagi, ada Qiyamullail. Kali ni betol2 ada, mungkin sebab x penat sgt mcm waktu YOQ dulu, majoriti larat bangun. Sesi pagi abang Wan Am kasi ceramah lagi, plus simulasi yang menarik tentang mematuh dan meletak kepercayaan pada pemimpin.

So, petang hari kedua pulak, ikhwah pegi trekking and akhawat masak..
Sedapla dinner haritu, ayam masak kicap and sardin and sayur goreng.. Nyum nyum..

Malam tu plak, ana x tahu apa yang ikhwah buat. Tp akhawat ada sesi lebih kurang cultural night, lepas tu ada wargame. Waktu tu, faci syok bercerita ttg kesiannya umat2 kat palestin, dgn mereka xde makanan, x boleh duduk dgn selesa, muzik kita waktu tu bunyi air yang mengalir, muzik mereka dentuman peluru, bom dan org menjerit. Die suroh kitorang bayangkan hidup kat Palestin. Dgn tetiba je musoh datang dan kerumun rumah, tembak sini sana. Kami pon bayangkanla.. Seram2... Siapalah kita nak banding dgn diorg, diorg jauh lebih kuat, berani, penyabar dari kami di Malaysia....


SERAAANNNNGGG!!!!!


Kami dibaling dgn peluru.... Dgn keadaan terkejutnya, kami pon berlari lintang pukang. Nasib baik peluru tu x membunuh.. Kalau x, adala masuk berita org mati waktu berkhemah..

Xpela, yang spatutnya dah mati, and yang masih hidup lagi lari lintang pukang cari shelter...
After that, ada continuation to the wargame..

Hari terakhir, seperti biasa, Qiyam..
Next session, kita ada sharing session. Akhawat dgn K Anfaal, ikhwah dgn abg Ammaar. Mereka adalah pemilik syarikat Brotherhood Arts. Sebagai senior kepada kami, mereka jauh lebih berpengalaman dalam dakwah ni. Bnyk yg telah mereka kongsi.

Lepas tu, abg Bai buat sesi KBM. Lebih kurang YOQ dulu.

Solat Zohor dan balik

PASAL MAKANAN

Setiap pagi kami makan roti dan sandwich, tengahari makan nasi goreng, malam makan masakan ikhwah n akhawat.

Tengahari last tu, adala org barbeque ayam.. Hmm, alhamdulillah, kali ni makan sedap sikit dari time makan yang lain, adala ayam barbeque. So, semangatla semuanya duduk nak makan. Tengok2, ayam tu bkn utk kami pon, tp utk group lagi satu.. haih.. Alhamdulillah, masih ada nasi goreng.

So, thats about it. Mukhayyam CFS Sem 1 2009/10

5 comments:

utrujah said...

wahhha...seronok2. moga menjadi booster utk tenaga n fikrah dakwah antumantunna semua ye. baakallhufiikum

Beejan said...

Hmm..tksmpat nk rse masakan akhawat..tp ikhwah nye mmg sedaplaa mlm tue..ayam kicap..

keretasorong said...

lamer tak jeguk blog nih

^_^

mukhayyam antum mmg bermanfaat,
cume antum kene manfaatkan nyer pulak,
gne peluang bertanyer sebaiknya dan lawan nafsu tidq.

huhuhuhu

terus maju....

menunnggu post baru dr kalian...

rafest bkk gerai dok ????

yanar89 said...

InsyaAllah bukak.. tp collaborate ngan Medcy.. bkn booth sdiri la.. dari pihak Medcy diorg kata xyah bayaran.. cume kami x dpt jual makanan la sbb Medcy nak jual makanan..

utrujah said...

wah, akk baru perasan sesuatu. good job ya cik secretary for your concern jeguk2 ke sini walaupun x update. akk tahu nt+semua sibuk.

mendoakan yang terbaik buat kalian!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...