"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). " (Hujurat 49 : 15)

Kepelbagaian Golongan dan Mazhab

Sekiranya orang Islam mematuhi satu Quran yang sama, maka mengapa pula terdapat banyak golongan dan mazhab yang berlainan di kalangan orang Islam?

JAWAPAN:

1. Orang Islam perlu  bersatu.
Menjadi suatu kenyataan bahawa umat Islam pada hari ini berpecah  belah. Islam langsung tidak menyokong perpecahan. Islam menganjurkan perpaduan dalam kalangan pengikutnya. 
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai...." [Ali Imran 3:103]

Setiap umat Islam perlu mematuhi Al-QUran dan hadis sahih dan tidak berpecah belah sesama sendiri.

2. Berpuak-puak adalah dilarang dalam Islam.

"Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikitpun tanggungjawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada Allah, kemudian ALlah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat." [Al-An'am 6:159]

Di dalam ayat ini, Allah berfirman bahawa seserorang itu perlu menjauhkan diri daripada golongan yang memecahbelahkan agama dan membahagikannya kepada puak-puak.

Jika ada yang bertanya seorang Islam, "Siapa kamu?", jawapan biasa samaada "Saya Sunni" atau "Saya Shiah". Ada yang menampilkan diri sebagai Hanafi, atau Shafi'e, atau Maliki atau Hanbali. Ada yang berkata 'Saya seorang Deobandi', sementara beberapa yang lain berkata 'Saya seorang Barelvi'.

3. Rasulullah seorang Islam.

Mungkin ada yang bertanya orang Islam tersebut, "Apakah pegangan Rasulullah (SAW)? Apakah baginda seorang Hanafi atau Syafi'e ataupun Hanbali atau Maliki? Tidak, baginda seorang Islam, sama seperti rasul-rasul dan utusan Allah sebelumnya.

Kitab suci Al-Quran ada menyebut dalam surah 3 ayat 52 bahawa Nabi Isa adalah seorang Islam. Selanjutnya dalam surah 3 ayat 67, Al-Quran menyebut  bahawa Nabi Ibrahim bukan seorang Yahudi ataupun Kristian tetapi seorang Islam.

4. Al-Quran menyeru memperkenalkan diri sebagai orang Islam.

Jika ada sesiapa bertanyakan seseorang Islam persoalan agama, dia perlu menjawab "Saya seorang Islam, bukan Hanafi atau Syafi'e".
 "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" [Fusshilat 41:33]
Rasulullah saw menghantar perutusan surat kepada raja-raja dan pemerintah bukan Islam menyeru mereka agar menerima Islam. Di dalam perutusan tersebut, baginda menyebut ayat Quran:

"...Maka katakanlah kepada mereka: 'Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." [Ali Imran 3:64]

5. Menghormati semua Ulama' Agung Islam

Kita mesti menghormati kesemua ulama' agung Islam, termasuk empat Iman. Mereka merupakan ulama' Islam yang hebat dan semoga Allah membalas kebaikan mereka membuat penyelidikan dan berusaha keras. Tiada sesiapa boleh membantah jika seseorang bersetuju dengan pandangan dan penyelidikan Imam Abu Hanifah atau Iman Syafi'e dan lain-lain. Tetapi sekiranya disoal, "Apa agama kamu?, jawapannya mestilah satu, "Saya orang Islam".

6. Seseorang mungkin memperdebatkan dengan mengambil hadis Nabi 

Muhammad saw yang diriwatkan oleh Abu Daud, hadis no.4579. Di dalam hadis ini nabi SAW telah bersabda, "Umatku akan berpecah kepada 73golongan."

Hadis ini menyatakan bahawa NAbi SAW menjangkakan akan wujud 73golongan. Baginda tidak mengatakan bahawa orang Islam harus bergerak aktif membahagikan diri mereka kepada golongan. Al-Quran memerintahkan kita supaya jangan berpecah belah. Sesiapa yang menurut ajaran Quran dan Hadis Sahih dan tidak berpecah belah adalah orang-orang yang berada di jalan yang benar.

Menurut hadis riwayat At-Tarmidhi, Hadis no.171, Nabi (SAW) bersabda, "Umatku akan berpecah kepada 73 golongan dan semua mereka akan masuk neraka kecuali 1 golongan." Para sahabat bertanya kepada Rasulullah golongan manakah itu? Lalu baginda menjawab, "Iaitu yang bersamaku dan sahabat-sahabatku".

Al-Quran menyatakan dalam beberapa ayat, "Patuhi Allah dan patuhi Rasul". Orang Islam yang sejati patut mematuhi hanya al-Quran dan Hadis Sahih. Dia boleh bersetuju dengan pandangan mana-mana ulama' selagi mereka mematuhi ajaran al-Quran dan Hadis sahih. Sekiranya pandangan tersebut menyalahi perintah Allah atau sunnah Rasulullah, maka ia tidak bermakna walaupun betapa tingginya ilmu ulama tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...