Pernahkah anda mendengar perkataan ' Bedah Movie'?
Apa tu bedah movie?
Tajuk di atas adalah salah satu slot yang ada dalam program DASH baru-baru ini.
Bedah movie bermaksud kita selidik dan kaji tentang sesuatu movie dengan mendalam.
Lebih jelas, kita mencari kebaikan disebalik movie. Bukan hanya dengan menonton tanpa mendapat apa-apa manfaat daripadanya.
Antara movie yang telah di'bedah' pada hari itu ialah:
- IP Man
- Lemon Tree
- The Way Home
Anda digalakkan menontonnya jika anda sedang mencari movie untuk dilihat.
Trailer untuk The Way Home
Trailer untuk IP Man
Selain itu, program itu juga membincangkan tentang 10 wasiat Hassan al-Banna iaitu :
1. SEGERA MENGERJAKAN SOLAT walaubagaimana keadaan sekalipun.
-amalan pertama yang akan dihisab-tiang agama-telah ditentukan waktunya (QS 4:103)-amalan yang paling disukai oleh Allah-bahayanya menangguhkan solat-mendisiplinkan waktu-tiada alasan untuk tidak menunaikannya
2. BACA QUR'AN, TATAPI BUKU-BUKU ILMU, PERGI MAJLIS ILMU, AMALKAN ZIKRULLAH, TIDAK MEMBUANG MASA DENGAN PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH.
-banyak kelebihan membaca qur'an-qur'an menjadi pengilap hati-sentiasa berinteraksi dengan qur'an dengan cara bertilawah & bertadabbur
3. BERUSAHA BERTUTUR DALAM ARAB FUSHAH (STANDARD) kerana Bahasa Arab adalah syiar Islam.
-Yusuf:2-kepentingan Arab Fushah; menyatukan umat Islam & mengelakkan salah faham
4. JANGAN BERTENGKAR DALAM APA-APA PERKARA kerana pertengkaran kosong tidak memberi apa-apa kebaikan.
-pertengkaran hanya melukai orang yang didebat kerana setiap orang berusaha mempertahankan pendapatnya walaupun salah-melainkan perdebatan yang membawa faedah kepada agama(cth: masalah khilaf)-berdebat mengikut tatacara yang dianjurkan oleh syiar Islam
5. JANGAN BANYAK KETAWA kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
-boleh ketawa tapi sekadar mengurangkan ketegangan jiwa-gurauan & gelak ketawa berlebihan boleh mematikan hati & fikiran daripada memikirkan nasib & permasalahan umat Islam yang menderita-pembahagian masa
6. MELAKUKAN SETIAP AMALAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.
7. JANGAN BERCAKAP LEBIH NYARING DARIPADA KADAR YANG DIKEHENDAKI oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
-"Seburuk-buruk suara adalah suara keldai"-Luqman:19
-Imran :159
8. JAUHI DARIPADA MENGUMPAT peribadai orang, MENGECAM PERTUBUHAN, & BERCAKAP MELAINKAN PERKARA YANG MEMBERI KEBAIKAN.
9. BERKENAL-KENALAN DENGAN SETIAP MUSLIM YANG DITEMUI kerana asas gerakan dakwah ialah kenal-kenalan & berkasih sayang.
- Rukun usrah pertama => TAARUF- Langkah pertama untuk bertaaruf => sebarkan SALAM
10. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN KITA LEBIH BANYAK DARIPADA MASA YANG ADA PADA KITA. Oleh itu, GUNAKAN SEBAIK-BAIKNYA, TOLONGLAH SAUDARAMU MEMANFAATKAN MASA.
No comments:
Post a Comment