Pada suatu hari, syaitan A berjumpa syaitan B. Syaitan A kelihatan segak dengan pakaian yang terurus dan badan yang berisi. Manakala Syaitan B kelihatan sangat tidak terurus, kurus kering dan tidak bermaya.
Syaitan B: Wahai A, bagaimana kau boleh jadi sebegini kemas dan sihat? Pakaian kau bersih dan kau kelihatan sihat. Apa rahsia kau?
Syaitan A : Mana tidaknya. Aku menghasut manusia yang tidak beriman kepada Allah. Dia pakai baju tanpa membaca basmalah, aku dapat baju baru. Dia makan tanpa baca basmalah.. maka apa yang dia makan aku dapat sekali. Kau pula? Kurus keding aku lihat. Tidak terurus pulak tu.
Syaitan B: Aku kerjanya menghasut manusia yang beriman kepada Allah. Dia memakai baju dengan basmallah, maka aku tidak dapat menukar bajuku. Apabila dia makan, dia mulakan dengan basmalah, maka aku tak dapat makan apa yang dia makan. Sebab itu aku begini.
Daripada cerita di atas, kita dapat simpulkan bahawa setiap doa yang nabi ajar, mestilah diamalkan. Dengan doa, kita bukan sahaja mendapat ganjaran pahala + dirahmati Allah, malah dapat menghindari gangguan & godaan syaitan
Syaitan akan berusaha untuk menyesatkan dan buat kita alpa. Maka dengan berdoalah kita dapat dilindungi diri kita dari bisikan syaitan dengan izin Allah.
Doa juga menunjukkan keistimewaan & kesyumulan agama Islam. Hanya agama Islam yang mempunyai doa-doa untuk segala aktiviti harian kita. Kita berdoa sebelum dan selepas makan. Kita berdoa sebelum masuk tandas dan selepas keluar tandas. Kita berdoa sebelum masuk rumah dan selepas keluar rumah. Kita berdoa sebelum tidur dan selepas bangun. Kalau ingin dikirakan doa-doa harian kita, memang takkan habis.
Oleh itu, berdoalah kerana orang yang beriman sentiasa berdoa kepada Allah. Tazkirah ini hany amenunjukkan satu hikmah doa. Ada pelbagai lagi hikmahnya jika ingin dicari. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment