"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). " (Hujurat 49 : 15)

Karnival Sambutan Hari Al-Quds Sedunia 2010

Assalamualaikum w.r.b
Bersempena Hari Al-Quds Sedunia pada 21 Ogos,satu program bernama Karnival Sambutan Hari Al-Quds Sedunia 2010 (Peringkat Negeri Selangor) akan diadakan.Sambutan ini bermula pada hari ini 8 Ogos dan insya allah akan berakhir pada akhir bulan Ogos.Butirannya seperti berikut:


Tarikh: 8 Ogos 2010
Tempat: Stadium Melawati,Shah Alam
Masa: 8.30 pg-1 tgh
Anjuran: Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama AQSA SYARIF Selangor,PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) serta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Viva Palestina Malaysia (VPM), dan lain-lain.





Kepada sahabat-sahabat yang sudi bertandang dijemput hadir.Sama-sama memeriahkan sambutan ini dengan berbondong-bondongnya mahasiswa turun memberikan sokongan padu kepada rakyat Palestin.Moga usaha kita diredhai Allah s.w.t.


Yang inginkan kepastian sila rujuk link laman website AQSA SYARIF www.aqsasyarif.com


Wassalamualaikum w.r.b

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...