Masa : 2 30 ptg Jumaat 22 April 2011
Tempat : Masjid Jamek, KL
Situasi 1
Sepasang 'mat salleh' sedang meneliti peta Kuala Lumpur di hadapan pintu masuk Masjid Jamek. Tidak lama selepas itu, kelihatan mereka meminta kebenaran pihak masjid untuk masuk dan melihat kawasan Masjid Jamek. Lalu, bertemankan pegawai masjid tersebut, mereka bersiar-siar di kawasan masjid. (mungkin ingin menikmati kecantikan seni bina Masjid Jamek kot).
Situasi 2
Terdapat seorang pemuda (actually, takdela muda sangat) sedang duduk termenung di tepi trafic light. Pakainannya compang-camping, raut wajah tak bermaya, rambut tidak terurus dan tidak berselipar. Orang yang lalu disitu langsung tidak menghiraukan beliau. Tiba-tiba seorang peniaga berhampiran kawasan tersebut, mendekati pemuda itu lalu menghulurkan RM10 kepadanya. Namun pemuda tersebut hanya tersenyum, dan menolak pemberian peniaga tersebut. (Tak tahu kenapa dia tak terima. Mungkin dia tidak mahu orang menganggapnya peminta sedekah kot. Wallahu a'alam)
Situasi 3
Sepasang couple berbangsa melayu sedang bermesra sambil berpegangan tangan ketika sedang menuggu lampu trafic light hijau untuk melintasi jalanraya berhadapan masjid jamek. Seorang makcik yang berdiri bersebelahan mereka cuba menegur dengan memberikan pandangan 'slack' kearah mereka, tetapi tidak diendahkan.( jom husnu zhonn, maybe mereka couple yang telah berkahwin. takpe2)
[[ketiga2 situasi ini adalah kisah benar ( walaupun takde gambar) yang berlaku di kawasan sekitar masjid jamek, 230-245 ptg, Jumaat, 22 april 2011]]
* * * * *
Dari ketiga2 situasi ini, jom sama2 kita fikirkan kembali, betapa besarnya dan banyaknya nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Bukan setakat nikmat harta kekayaan, ataupun sempurna dan sihat tubuh badan, malah Allah telah pilih kita untuk dikurniakan nikmat IMAN, ISLAM, dan TARBIYYAH.
Kalau kita tengok dari situasi pertama, pasangan 'mat salleh' itu telah dikurniakan nikmat harta dan kesihatan tubuh badan, tapi tidak dikurniakan nikmat iman dan islam. Manakala pemuda dalam situasi 2 pula telah dikurnikan nikmat islam dan iman tetapi tidak mempunyai harta kekayaan. Bagi pasangan 'couple' dalam situasi 3 pula (assume that they're unmarried couple), mereka telah dikurniakan nikmat iman, islam, harta dan sihat tubuh badan, tetapi masih tidak dipilih Allah untuk menikmati nikmat tarbiyyah.
YaAllah betapa tingginya kasih sayangMu kepada kami. Kita telah dikurniakan kesihatan, tubuh badan yang sempurna. Cukup 2 mata, 2 telinga, hidung, mulut dan lain2. Harta wang ringgit yang bukan sahaja dapat membeli barang keperluan seperti tempat tinggal, dan pakaian, tetapi juga barang2 yg diingini. (handphone, sony ericsson experia X10, laptop Dell, jam Rolex, kasut Scholl etc). Dan yang paling penting kita dikurniakan nikmat iman, islam serta tarbiyyah. Kita berpeluang merasai keseronokan berusrah, iftar jamaie, riadhah, daurah, mukhayyam dan macam2 lagi.
YaAllah, sesungguhnya kami hambaMu yang lemah dan seringkali lalai untuk mengingatiMu dan mensyukuri segala nikmat yang telah Kau kurniakan. Maka, ampunilah segala dosa kami yaAllah.
Ikhwah wa akhawat sekalian,
Jom sama2 kita muhasabah diri dan tanamkan kesyukuran kita pada Allah. Ingatlah, Allah yang memberi nikmat kepada hambaNya, dan dia juga mempunyai kuasa untuk menarik balik nikmat yang telah dikurniakan daripada kita. Nauzubillahi min zalik..
~ Semoga Allah berikan rasa kemanisan iman dan tarbiyyah kepada kita. ameen (^_^)
Wallahu A'laam
No comments:
Post a Comment