"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). " (Hujurat 49 : 15)

AnALoGi :)


Pendakwah seperti Jurutera Awam
Membangunkan manusia dari sebuah bangunan usang menjadi bangunan kukuh dengan kekuatan akidah sebagai asasnya dan ibadah sebagai tiangnya.

Pendakwah seperti Jurutera Elektrik
Mengalirkan kekuatan arus dari sumber-Nya ke hati setiap muslim agar sentiasa bersinar dan menerangi sekeliling.

Pendakwah seperti Jurutera Mekanikal
Menghasilkan jentera-jentera manusia yang beroperasi sebagai penggerak menuju kemenangan Islam.


.:.klu siapa ader kelapangan meh kongsi post analogi course kowg di cnnie ekk,
mesti kowg akan tertarik derngan course yg kowg amik, x pn nmpk smthing yg wow:P
huhuhu

6 comments:

Dini Syarif said...

Pendakwah Seperti Kaunselor

Kaunselor tidak berhak untuk menyelesaikan masalah klien, sebaliknya sekadar berkongsi cadangan tentang jalan yang ada. Begitu juga pendakwah. Pendakwah tidak berhak untuk mengisi hati mad'u dengan hidayah, sebaliknya sekadar menyampai risalah sedaya mampu.

D said...

Pendakwah seperti akauntan

meneliti kualiti kewangan dlm oragnisasi, bkn sekadar untung yang di perolehi..
sama seperti pendakwah..sentiasa meneliti kualiti penyampaian, bkn kuantiti mad'u semata-mata.. supaya di masa2 akan dtg..dakwah akan terus bernilai dan berjaya menarik lebih ramai "shareholder2" dlm meningkatkan saham akhirat..insya Allah...

Anonymous said...

pendakwah seperti ekonomi

demand akan mewujudkan supply. tetapi supply tidak boleh bergantung pada demand, supply dengan kreatif supaya demand meningkat. supply tidak boleh menggunakan monopoli, menetapkan harga yang tinggi sehingga tidak ramai mampu memilikinya. tetapi biarlah free market dengan campur tangan kerajaan supaya semua mendapat dakwahnya..

utrujah said...

pendakwah seperti ahli pengedar dadah (pharmacist)!

menjadi pengedar dadah berjenama ISLAM yang mengkhayalkan dan memabukkan.

membuatkan penagih tercari-cari si pengedar dadah utk mendapatkan dadah ISLAM.

kehadirannya bersama dadah ISLAM
mendamaikan hati2 si penagih.

si pengedar dadah ISLAM tak kan boleh pernah putus hubungan dengan BOS BESAR yg merupakan tuan milik dadah ISLAM. sebab tanpa BOS BESAR, pengedar juga tak boleh hidup dengan aman damai..

pendakwah seperti pharmacist yg sebenar!

mencari ubat2 penawar yg mujarab mengubat hati2 ummat yang kian gelap, retak dan pecah..

zahidzuhri said...

Petani:
Memerah keringat yang akan menyirami benih-benih yang akan subur menghiasi ladang dakwah ;)

Padahal bukan petani pun & takde kena mengena dengan course :p

zahidzuhri said...

Satu lagi!

Jurutera komputer:
Memecah kod-kod jahilyyah yang membelenggu CPU manusia dan diformatkan dengan operating system iman, islam dan ihsan... :D

Mekanik:
Membaiki motor engin manusia yang rosak akibat terkena hakisan dan asap jahiliyyah yang menerobos fitrah manusia!

Pemandu teksi:
Mengambil sberapa banyak mad'u untuk disampaikan da'wah agar tiba dengan selamat di destinasi yang abadi... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...