"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). " (Hujurat 49 : 15)

Renung Renungkan

Anda perlukan cuma 5min untuk solat subuh,
Sedangkan anda boleh meluangkan masa 1jam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar.

Anda hanya perlu 2saat untuk memberi salam kepada ibu bapa, guru-guru, & rakan-rakan,
Sedangkan anda memerlukan 3min untuk memakai kasut.

Anda hanya memerlukan 5min untuk memakai tudung,
Sedangkan anda boleh meluangkan masa 20min untuk mendandan rambut.

Anda hanya perlukan 15min untuk menunaikan solat zohor,
Sedangkan untuk makan tengahari 1jam 15min

Anda hanya perlukan 15min untuk solat asar berjamaah,
Tetapi anda dapat meluangkan masa berfacebook... selama 2jam

Anda hanya memerlukan 15min untuk membaca al-Qur'an,
Tetapi tidak selama anda menonton TV atau movie

Solat maghrib hanya 7min..
Tetapi menonton drama Korea 2jam!!



Hanya 2saat untuk mengucap salam dan kasih kepada ibu, bapa, atau rakan-rakan,
Sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20min.

Anda hanya perlukan 5min untuk menatap septong hadis Rasulullah SAW,
Walhal anda sanggup menatap majalah kegemaran anda selama 60min.

Anda hanya perlu 20min untuk solat Isya',
Sedangkan anda perlukan 40min untuk bersiap tidur atau sanggup menonton drama/wayang lewat malam.

SEDANGKAN ANDA PERLUKAN 2SAAT UNTUK KALIMAH SYUKUR!!

Renungkanlah....

1 comment:

Apai said...

segala perbuatan kerana Allah dan tidak sia2 insyaAllah di kira sbg ibadah ^_^

ibadah bkn hanya atas tikar sejadah kn ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...