"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). " (Hujurat 49 : 15)

.: kasihnya isteri pada suami :.




"Abang, minta izin kawin seorang lagi,"



Sakeenah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usiaya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafaz di dalam TV, sementara TV juga dipasang. Tapi , ahhh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsillk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Kamal Mursyid, Kemudian tersenyum.

Kemudian dia ke billik Balkis, Fatima dan Sumayyah. rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik bujangnya yang berdua, si kembar manja, Farihin dan Solehin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Kamal Mursyid hanya diam, memmbatu diri. dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahunyang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Sakeenah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di pejabatnya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Kamal, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makn dua keluarga," sokong Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Sakeenah.

"Abang Kamal, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk kepejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjamaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis bumi kenyalang benar-benar menjerah hatinya.
"Abang, Sakeenah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Sakeenah nak berjumpa dengan wanita itu," lembut dan tenag sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Sakeenah bukan seeoraang yang panas baran. Sakeenah terlalu sempurna, baik tetapi aahhh hatinya sedang kini jauh mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia kesini, tinggalkan dia bersama Sakeenah selama 1 hari saja boleh?" pelik benar pemintaan isterinya. Hendfak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya berrsyukur.Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinyaa itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletuslah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera disimbah dengan asid, gara-garaenyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman dari Sakeenah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang," terjegil bulat mata Qis berwarna hijau. "Kak Sakeenah yang minta,"masih lembut dia memujuk Qis.

" Biar betul, apa dia nak baut dengan Qis?" "Takutlah Qis. silap hari bulan dia bunuh Qis!" terkejut Kamal Mursyid.

"percayalah Qis, Sakeenah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya, abang faham,"
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogok dengan isteri pertama sering membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan lah jika nak membuli aku. desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah diaa merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

rakan serumahnya menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui kemana Qistina pergi.Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga Sakeenah. Sedang dia diminta oleh Sakeenah untuk bermunajat dan beriktikaf di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidfak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama Sakeenah serta anak-anaknya, berjamaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-qurqn seaca bertarannum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan tarannumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih,tasmid yang sering dilagukan. Seharian dia di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya. Kamal Mursyid yang dulu. Kamal Mursyid anak Imam Kampung Seputih. Kamal Mursyid yang asyik dengan berzanji. Menitiskan air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Sakeenah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnyaa layanan Sakeenah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Sakeenah.

bret bret......sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis......(bersambung di peti komen :) huhuhuhu...)

4 comments:

Pemuda IKRAM PJ CFS IIUM said...

bret bret...sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tak sehebat Kak Sakeenah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang," Dibawah henset nya, ada sekeping sampul besar.

**** **** **** ****

kepada:

Kamal Mursyid,
Suami yang tersayang...

Kamal Mursyid diburu kehaoiranan. sampuul berwaarna cokelat yang hampir bersaiz dengan a4 dibuka pelahan-lahan.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami tercinta, moga radhanya sentiasa mengirini jejak langkahmu. Abangyang dikasihi.

Genap seminggu sesi temuduga yang Sakeenah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Sakeenah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Sakeenah kemukakan penilaian Sakeenah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model,ia mengalahkan Sakeenah yang sudah tidak nampak berntuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Sakeenah sayyangkan abang. Sakeenah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedang dosa abang sendiripun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi abang nak menangung dosa orang lain. Sakeenah sayangkan abang....

Pemuda IKRAM PJ CFS IIUM said...

2. Sakeenah ada mengajak dia memasak. memang pandai dia memasak, apatah lagi western food. Tapi, Sakeenah sayangkan abang. Sakeenah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Sakeenah kalau-kalu seelera abang sudah bertukar. Tapi, Sakeenah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan weatern food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kasihan nanti, tak makanlah pula anak-anak kita. Sakeenah sayangkan abang...

Pemuda IKRAM PJ CFS IIUM said...

3. Sakeenah ada mengajak dia solat berjamaah. Kelam kabut dibuatnya. Sakeenah minta dia menjadi imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Sakeenah harapakan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjdi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung.... Sakeenah sayangkan abang....

Pemuda IKRAM PJ CFS IIUM said...

Abang yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Sakeenah . kalu diungkap satu persatu, Sakeenah tak terdaya. Abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Sakeenah mengenalinyaa.

Abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. telah siap Sakeenah tandatangani. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke sarawak. Jika munajat dan iktikafa abang di Mssjid Putra mengiakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah bersama Qistina. Oh ya, lupa nkaa cakap, Qistina telah berada di Serawak. Menunggu abang. Sakeenah sayangkan abang...

Tetapi jika Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding atau lebih hebat daripada Sakeenah. Sakeenah sayangkan abang...

Tetapi, jika abang merasakan Sakeenah adalah isteri yang hebat untuk abang..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Sakeenah bawakan sarapan kegemaran abang, Roti canai....air tangann Sakeenah.
Salam Sayang.

Raudhah Sakeenah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Raudhah Sakeenah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Sakeenah.
isterinya!!

^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...