"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). " (Hujurat 49 : 15)

Sejenak Bersama Tokoh..

BISMILLAH

Tarikh : 3 Disember 2010 (Jumaat)
Tempat : S3008
Masa : 1 45ptg - 2 30ptg





      Alhamdulillah, dengan izin Allah, program 'Sejenak bersama tokoh' telah berjaya diadakan. Pada mulanya program yg dirancang adalah program ziarah tokoh yg sepatutnya diadakan pd 27 november. Tetapi atas masalah2 tertentu, akhirnya dari program ziarah telah menjadi program makan tengah hari bersama beberapa orang lecturer di UIA pj.. Allah adalah sebaik2 perancang.. Program ini telah dihadiri oleh lebih kurang 30 orang akhwat yg mngikuti sistem usrah di bawah IKRAM. Semoga program yg singkat ini dpt memberi manfaat buat semua..

Antara nasihat2 dari madam2 :
   

"walau sesibuk mana pun, jadikanlah usrah satu program wajib untuk kite hadir setiap minggu."
  

"Dapat datang usrah sebenarnya adalah satu nikmat. Tak semua org Allah beri kesempatan untuk berusrah. Jadi, untuk kite yg  telah berada di dalam sistem usrah ni, bersyukurla kerana Allah telah memilih kita untuk menjadi diantara hambaNya yg dapat merasai nikmat berusrah itu.. "



Em ikhwah wa akhwat sekelian, 
  
  ~ makanan yg sedap akan mnjadi lebih sedap jika dimakan dalam keadaan lapar 

~ tidur yang sangat lena adalah ketika dalam kepenatan
   
~ satu kejayaan tidak akan terasa nikmatnya jika tiada usaha

              
Jadi, 
  "Sesuatu perkara tidak akan terasa indah jika tiada kesusahan sebelumnya.."


Begitu juga dengan usrah,
                            
                          
"Usrah tidak akan terasa kemanisannya jika tidak diiringi dengan pengorbanan"
    pengorbanan masa, tenaga dan juga harta..

Buat mereka yg sering terpaksa 'skip' usrah kerana sibuk dgn urusan lain, berdoalah agar Allah memberi kita kesempatan waktu untuk hadir usrah. Sekali-sekala lakukan sedikit pengorbanan masa agar satu hari nanti kita semua akan dapat merasai kemanisan nikmat berusrah itu.. InsyaAllah.. :) Jom same2 bermujahadah untuk pergi usrah..  Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.. :)

WALLAHU A'LAAM

 
Salam ukhuwah,
tanzim akhwt k-uiapj




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...