"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). " (Hujurat 49 : 15)

Fitnah : Antara Cita dan Amanah daripada Ustaz Zamri

Assalamualaikum,

Suatu talk yang bertajuk Fitnah: Antara Cita dan Amanah telah berjaya diadakan pada 12 Jan 2011. Ustaz Zamri (Mari Mengaji) telah diundang bagi menghuraikan dan memberi penerangan yang lebih mendalam berkaitan cita-cita dan amanah yang amat berkaitan rapat dengan pelajar.
"Pemimpin dilantik hasil daripada kepercayaan."

Itu adalah kata-kata yang boleh memberi kesan yang amat mendalam jika kita diberi amanah untuk memegang sesuatu jawatan. Jawatan yang diterima bukanlah untuk menjadi popular dan menunjukkan kemuliaan, tetapi jawatan yang diterima adalah suatu amanah yang akan disoal di akhirat. Dan tidak lupa juga, setiap apa yang kita pegang dan buat, mestilah menepati syariat-syariat yang diajar dalam Islam. Setiap perkara atau program yang dilaksana mestilah dapat memberi faedah kepada Islam.

Berdasarkan Surah al-Qasas ayat 26:
"Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah."
Ayat di atas adalah mengisahkan tentang Nabi Musa yang telah membantu dua orang anak Nabi Shuaib. Dan anak nabi Shuaib telah menyuruh ayahnya supaya mengambil Nabi Musa sebagai pekerja mereka kerana Nabi Musa adalah orang yang kuat lagi amanah.  Apa yang dapat disimpulkan ialah sebaik-baik orang yang boleh diambil bekerja (atau dijadikan pemimpin) adalah orang yang KUAT & AMANAH.

Sebagai seorang khalifah dan hamba Allah di muka bumi, kita telah ditugaskan untuk melakukan banyak perkara. Antaranya :
1. Membantu ibu bapa
2. Solat 5x sehari
3. Baca Quran
4. Ulangkaji pelajaran
5. Tidur
6. dan banyak lagi.......

Perkara yang disenaraikan diatas tidak termasuk lagi perkara-perkara lagha yang kita selalu buat antaranya menonton movie/drama Korea/Jepun, YM (chatting) perkara yang tidak perfaedah, window shopping, dan berbagai-bagai lagi. Jika dicampur kesemua perkara di atas, akan ada perkara penting yang akan tertinggal (tidak dilaksanakan). Oleh itu, Ustaz Zamri telah memberi tips bagi menyusun aktiviti-aktiviti anda mengikut keutamaannya(sila ikut kronologinya).

TIPS-TIPS MENYUSUN AKTIVITI MENGIKUT KEUTAMAAN

1. Setiap kerja adalah KERANA ALLAH
2. Mulakan dengan kompas (VISI)
3. Utamakan kepentingan JAMAAH dari kepentingan peribadi
4. Lakukan kerja yang lebih berkesan dengan mudharat yang kecil
5. JUJUR dalam menentukan keutamaan.

Berpandukan tips-tips diatas, Insyaallah akan tidak akan mempunyai masalah bagi menentukan aktiviti mana yang perlu anda dahulukan jika berlaku perselisihan/percanggahan/pertembungan.

Anda juga boleh la layari http://inspirasikalbu.blogspot.com/2011/02/mantop-talk-ustaz-zamri-di-uia-pj.html untuk membaca versi lain sedikit berkaitan talk ini. 
=)

2 comments:

Muhammad Marzuqi said...

Mana committee lain? ish..crop gambar dorg n masukkan dlm gambar dgn ustaz zamri..:-p

Shizune said...

gmbr ni xcukup committee lg ke?
ish3x....

anta la crop gmbr.
pastu letak dlm blog anta.
then ana boleh copy paste je
haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...