Assalamualaikum semua & apa khabar?
Bagaimana dengan persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester / final exam ?
Di samping sibuk mengulangkaji, jangan lupa untuk beribadah kepada Allah seperti yang selalu kita buat seperti membaca Mathurat, Qur'an, solat-solat sunat, atau mungkin Qiamullail?
Kami dengan ini mendoakan semoga anda semua berada dalam kesihatan yang baik sewaktu menduduki peperiksaan + berjaya menjawab soalan dengan senang + berjaya mendapat keputusan yang terbaik untuk kali ini.
Okay, berbalik kepada tajuk di atas, Jamaah atau dalam konteks kita, KARISMA / IKRAMteens, adalah merupakan salah satu wadah daripada pelbagai wadah lain yang wujud adalah untuk membantu kita untuk memperbaiki diri.
Eh, kenapa awal-awal wish untuk peperiksaan sekarang masuk pasal benda lain pulak?
Ya, perkara ini disengajakan sebab peperiksaan+lain-lain, cara hidup Islam, dan mengamalkan ajaran Islam memang tidak boleh dipisahkan daripada kamus kehidupan kita-diperlukan setiap masa. Ia sama juga dengan politik yang tidak dapat dipisahkan jika kita mahu mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini (kerana tanpa penguasaan politik, mana mungkin kita boleh mengamalkan ajaran Islam dengan tenang seperti yang berlaku di Turki yang tidak membenarkan pelajar perempuan berhijab).Untuk pengetahuan semua, KARISMA / IKRAMteens / JIM / IKRAM BUKANlah dikhaskan untuk orang yang baik-baik sahaja TETAPI wadah untuk sesiapa yang ingin mengubah diri menjadi yang terbaik dalam kalangan masyarakat.
CIkgu Laily (guru Sek Men Sains Syed Shahabudin Penang yang juga merupakan salah seorang akhawat + belajar di New Zealand sebelum ini) ada menceritakan:
"DI New Zealand, walaupun pelajar itu berskirt pendek paras lutut dan tidak memakai tudung tetapi mereka tetap suka mengikut program-program yang dilaksanakan oleh KARISMA di sana. Sehinggakan mereka ini berebut-rebut untuk mengadakan Katibah di rumah mereka!"
Nah, tengoklah sendiri semangat orang-orang yang pada pandangan kita mungkin kurang mengamalkan ajaran Islam (seperti tidak menutup aurat) tetapi berusaha untuk memperbaiki diri (dan akhirnya ada yang menutup aurat dengan sempurna). Jadi bagaimana pula dengan kita? Koreksi diri anda sendiri. Tanya hati kita, apakah tujuan kita berjamaah?
No comments:
Post a Comment