Assalamualaikum,
"Apa khabar semua?", tanya Naqib kepada anak usrahnya.
"Alhamdullillah sihat...", jawab mereka.
Jawapan ini adalah suatu kebiasaan yang diberikan oleh setiap orang apabila disoal. Tetapi bagaimana pula dengan keadaan hati / ruh / spiritual kita? Cuba renung-renungkan dan muhasabah diri kita.
Okay, sekarang kita masuk kepada tajuk utama kita.
Usrah...
Pernah dengar usrah atau bagi sesetengah orang memanggilnya sebagai halaqah? Halaqah dan usrah mempunyai definisi yang berbeza dari segi istilah. Walaubagaimana pun, kita tidak akan mengupas tentang maksud tersebut.
PENGENALAN TENTANG USRAH
"Usrah bermula apabila tamatnya tasbih kifarah dan surah al-asr."
Pernahkan anda mendengar tentang ayat di atas?
Maksudnya disini ialah usrah bermula setelah tamatnya halaqah(perjumpaan mingguan).
Mungkin ramai yang telah menyalah anggap (misunderstand) tentang usrah dengan mengatakan usrah adalah perjumpaan dengan ahli usrah & naqibah setiap minggu.
Tanggapan tersebut sebenarnya adalah tidak benar.
KEPENTINGAN USRAH
1. Perjumpaan setiap minggu / halaqah adalah bertujuan untuk menilai, muhasabah, dan memperbaiki diri kita setelah seminggu melalui ujian hidup.
2. Usrah = Keluarga. Sebagaimana yang kita ketahui, keluarga dapat menolong kita daripada terjebak ke kancah maksiat (membantu kita mengelakkan diri dari melakukan dosa).
Sebagai contoh, anggaplah kita adalah HARIMAU yang sedang kelaparan dan sedang mencari mangsa. Tiba-tiba kita ternampak seekor kerbau yang sedang meragut rumput keseorangan dan jauh daripada kumpulannya.
Dengan menggunakan logik akal anda (mungkin juga boleh guna logik harimau), yang mana satu yang akan anda pilih? Kerbau yang KESEORANGAN atau kerbau yang berada di dalam kumpulannnya? Dengan akal yang sihat, sudah semestinya anda akan memilih kerbau yang keseorangan kerana anda tahu kerbau yang keseorangan lebih mudah diserang dan ditumpaskan berbanding kerbau yang berkumpulan.
Hal ini adalah sama dengan manusia yang diibaratkan sama dengan kerbau manakala harimau=iblis/syaitan. Terpulang kepada andalah untuk memilih samaada ingin keseorang atau bersama-sama di dalam kumpulan.
Syaitan boleh didapati daripada kalangan jin dan juga manusia. Manusia syaitan ini bermaksud manusia yang mengajak kawan-kawannya untuk melakukan dosa sama seperti syaitan yang menghasut manusia melakukan perbuatan mungkar.
Oleh itu, bersama-samalah kita mengamalkan amar makruf nahi mungkar bagi menegakkan syiar islam di bumi Allah yang berkah ini.
No comments:
Post a Comment