Baiklah bagi artikel kali ini, penulis akan membincangkan mengenai sejarah usrah.
Sebelum kita bermula, cuba jawab pesoalan ini dahulu bagi menguji sejauh mana kefahaman anda (jawab jujur dalam hati ye..)
1. Apa sebenarnya yang saya faham mengenai usrah?
2. Apakah pula bezanya antara usrah yang saya hadiri (samada usrah wajib di sekolah atau di universiti) dengan usrah IKRAM?
3. Adakah halaqah dan usrah suatu benda yang sama tapi tak serupa?
4. Mengapa saya perlu mengikut usrah?
Saya pasti kesemua persoalan ini pernah bermain-main difikiran anda-anda yang mengikuti usrah IKRAM.
Ok, seperti yang anda lihat pada tajuk utama, setiap usrah mempunyai maratib 'amal. Apa itu maratib 'amal? Mungkin ada sesetengah anda yang kurang faham kerana perkataan itu diambil daripada bahasa Arab, iaitu bahasa syurga. Maratib 'Amal = Tingkatan Amal/Perbuatan (secara bahasanya/"literally"). Bagi tidak memanjangkan bicara, jom lihat rajah di bawah. Apa yang anda faham?
Tujuan utama kita adalah untuk mencapai UA (Ustazatul 'Alam). Oleh itu, bagi mencapai UA, kita perlu bermula dari bawah iaitu IM. Mengapa IM? Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 151 ada menyebut:
كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولًا مِّنكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ ﴿
Maksudnya:"(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui."
'Point' bagi ayat di atas ialah perlunya MEMBACAKAN AYAT QUR'AN, MENYUCIKAN, & MENGAJAR QUR'AN & HIKMAH. Renung-renungkan...
Rajah diatas menyenaraikan rukun-rukun usrah yang membina. Apa yang dimaksudkan membina? Adakah rukun-rukun usrah yang tidak membina? Maksud rukun usrah yang membina ialah perlunya untuk melakukan ketia-tiga perkara itu bagi memastikan sesuatu usrah itu berjaya membina seseorang individu Muslim.
T Ke-1:
Mengapa perlu bertaaruf. Dalam Surah al-Hujurat ayat 10:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "
T KE-2:
Tafahum pula bermaksud memahami antara satu sama lain dan seperti yang umum ketahui, agama itu nasihat. Apa kaitannya? Cuba fikirkan..
T KE-3:
Dan akhir sekali Takaful iaitu bantu membantu.
Jadi kesimpulannya, perlunya 3T bagi membentuk rukun usrah yang membina kerana tanpanya usrah itu ada mengalami suatu kecacatan.
Usrah yang membina ialah usrah yang terdiri daripada golongan-golongan yang ingin membina diri.
Usrah tidak hanya kepada perjumpaan seminggu sekali (perjumpaan begini dipanggil halaqah), tetapi merangkumi ke empat-empat aspek diatas. |
USRAH ------> TARBIYAH ----------> DAKWAH
Bagaimana untuk mengukur kejayaan sesuatu Tarbiyah?
Apakah 'Gold Standard'nya? 'Gold Standard'nya ialah 10 Muwasaffat Tarbiyah yang disenaraikan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Antara Muwasaffatnya ialah:
1. Aqidahnya bersih (saliimul ‘aqiidah)
2. Akhlaknya solid (Matiinul khuluqi)
3. Ibadahnya benar (Shohiihul I’baadah)
4. Tubuhnya sehat dan kuat (Qowiyyul jismi)
5. Fikirannya intelek (Mutsaqqoful fikri)
6. Jiwanya bersungguh-sungguh (Mujaahadatun nafsi)
7. Mampu berusaha mencari nafkah (Qaadiirun ‘alal kasbi)
8. Efisien dalam memanfaatkan waktu (Hariisun ‘alal waqti)
9. Bermanfaat bagi orang lain (Naafi’un lighoirihi)
10. Selalu menghindari perkara yang samar-samar (Ba’iidun ‘anisy syubuhat)
4 comments:
Dalam muwasaffat tu, bukan ada Tersusun Dalam Urusan (munazzamun fi syu’unihi) ke?
Kenapa perlu kepada ustaziatul alam?
@Jamal Abdullah
nk jwab persoalan tu, saudara kena jwab persoalan ni dlu..
rasa2 kenapa sistem Khalifah dibentuk slepas kewafatan Rasulullah saw? Knapa mereka bertungkus lumus,bermati matian ntuk sebarkan islam.Knapa syariah perlu ditegakkan atas muka bumi? Islam smpai kt kita x klau mereka xbrjuang untuk deen Islam? Skarang khalifah da jatuh n Islam dipecah2kn,ap berlaku kt ummat Islam yg dtindas?xda SATU pemimpin,pnguasa Islam dunia( yg hnya akn wujud dgn ustaziatul alam) ntuk mmpertahankn hak org Islam n pgang amanah yg Allah kt muka bumi? rasa2 trjwab kot pntingnya UA
Salam akhi, untuk mencapai daulah..enta akn berwasilahkan siapa? Ikram atau pas? Sekadar persoalan di hati..
Post a Comment